APA ITU “SELF-ESTEEM” ?

 


Apa yang dikatakan sebagai ‘self-esteem’ atau harga diri? Bagaimana seorang individu boleh menilai harga diri mereka dengan hanya melihat kepada ciri-ciri yang ada terhadap diri sendiri? Adakah harga diri yang tinggi dinilai melalui aspek pencapaian seseorang atau melalui harta dan wang ringgit? Hal ini berkait rapat dengan jumlah penghargaan kendiri yang diiktiraf oleh diri sendiri sama ada melalui persepsi positif atau negatif. Sesetengah individu merasakan mereka telah mencapai lebih apa yang diharapkan serta berbangga akan pencapaian tersebut begitu juga sebaliknya.

            Perasaan yang hadir dalam diri individu kurang harga diri sering menyelesaikan masalah dalam keadaan emosi yang tidak stabil disebabkan rasa rendah diri yang melampau. Mereka juga cenderung memiliki sifat hipersensitif di mana mereka mudah disakiti dan sering memikirkan kekurangan yang ada pada diri mereka. Kekurangan kepercayaan terhadap kualiti diri sememangnya mampu meletakkan individu lebih berhati-hati dalam pekerjaan sama ada di peringkat institusi pengajian atau di alam pekerjaan. Dalam kata lain, individu lebih cenderung untuk mengkritik, menilai serta merendahkan setiap tingkah laku diri sendiri.

            Oleh itu, cara kita berinteraksi dengan orang lain banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang kita percaya tentang mereka. Tidak kira sama ada pemikiran itu tepat ataupun tidak. Cara setiap individu melihat diri mereka adalah asas yang sangat penting menjadi pembentukan tingkah laku interpersonal mereka. Di samping itu, apabila kita berfikir tentang diri kita dengan cara yang negatif, ia menjadi semakin sukar untuk mempercayai bahawa orang lain dapat melihat kita dari sudut yang positif.

            Ramai orang percaya bahawa individu yang mempunyai harga diri yang rendah cenderung untuk berprestasi rendah kerana mereka terlalu takut untuk menghadapi cabaran baru dan tidak cukup yakin untuk menggunakan kebolehan mereka sepenuhnya. Terdapat dua keterlaluan dalam mencapai kejayaan iaitu sama ada mereka yang terlalu bersemangat untuk berjaya atau sebaliknya mereka yang terlalu takut untuk gagal. Sesetengah orang termasuk dalam kategori terakhir, melakukan segala yang mereka mampu untuk menonjol dan membuktikan diri mereka. Yang terakhir ini boleh dikelirukan dengan harga diri yang tinggi, yang sebenarnya sering dikelirukan, tetapi penting untuk mengetahui apa itu untuk mengenalinya tepat pada waktunya.

 

Perbezaan antara ‘self-esteem’ dan ‘self-confidence’?

‘Self-esteem’ dan ‘self-confidence’ merupakan dua topik yang berlainan antara satu sama lain namum berkait sesama sendiri. ‘Self-esteem’ ialah bagaimana individu rasa terhadap diri sendiri disamping menilai dan menghargai setiap kualiti dan kelemahan yang pada diri mereka. Hal ini berbeza dengan ‘self-confidence’ atau keyakinan yang hadir selepas seseorang mula menerima diri mereka sendiri yang mampu mendorong kepada fasa ‘self-love’.  Tahap keyakinan manusia mampu dipengaruhi oleh bagaimana kita cuba untuk menghargai setiap perkara serta memiliki persepsi positif terhadap diri mereka sendiri.

            Dalam merangka dan menyusun kronologi kehidupan, ketiga-tiga elemen ini: ‘self-esteem’, ‘self-confidence’ dan ‘self-love’, signifikan dalam mencorak akhlak serta mempertingkat potensi dalam diri. Setiap permasalahan hadir dalam bentuk berpasangan di mana adanya penyelesaian kepada masalah tersebut. Berkemungkinan dengan hanya membuka pandangan dalam menilai setiap tingkah laku diri sendiri mampu menjadikan kita lebih melihat kelebihan lebih daripada kekurangan.

Comments