Bina Kreativiti & Ubah Hidup Anda - Brian Tracy

Menurut kajian daripada sains dan sebagainya sepanjang dua tahun lalu, setiap individu sebenarnya adalah berpotensi untuk menjadi seorang yang genius. Di dalam otak semua manusia terdapat sebuah kekuatan yang istimewa dari segi pengetahuan dan kepandaian untuk menangani apa jua halangan.


Tambahan pula, perkara ini bermaksud tahap kecerdikan minda manusia tidaklah tetap. Semakin banyak individu tersebut menggunakan mindanya maka semakin bertambah tahap kecerdikannya. Begitu juga ketika mempelajari sesuatu perkara dimana semakin banyak belajar semakin bertambahlah pengetahuan yang diperolehi.


Tiga perkara utama yang diperlukan untuk menjadi kreatif bagi mengubah hidup seseorang adalah dengan mempunyai matlamat yang jelas. Dengan adanya matlamat yang jelas setiap orang akan berusaha 100% dalam mengejar matlamat tersebut.


Perkara yang kedua pula ialah fokus terhadap masalah. Fokus terhadap masalah dapat membantu menjadikan manusia lebih terjurus kepada sesuatu perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana, individu dapat menjadi lebih kreatif apabila fokus diberikan.


Akhir sekali, perkara yang diperlukan untuk menjadi kreatif adalah dengan fokus kepada permasalahan. Sebagai contoh, kita perlu menyeneraikan permasalahan yang paling penting terlebih dahulu. Kemudian, barulah minda yang kreatif akan dapat digunakan sebaiknya dalam menyelesaikan masalah tersebut.


Kesimpulannya, Brian Tracy merupakan tokoh yang hebat dalam menginspirasikan orang lain untuk mempunyai kreativiti dalam hidup. Banyak perkara yang sering diketengahkan dalam ceramah motivasinya berkenaan kreativiti dalam hidup.



Comments