CARA MEMBENTUK ‘SELF-ESTEEM’ MENURUT BRIAN TRACY (BAHAGIAN 2)

 

Pada bahagian pertama, penulis sudah menerangkan berkenaan beberapa elemen yang mampu membantu meningkatkan ‘self-esteem’ dalam diri sendiri melalui cara Brian Tracy. Berikut merupakan tiga elemen terakhir dalam pembangunan ‘self-esteem’ menurut Brian Tracy.

            Elemen keempat penilaian kendiri ialah dengan melakukan perbandingan antara diri sendri dengan orang lain. Menurut Leon Festinger dari Universiti Harvard membuat kesimpulan bahawa dalam menentukan sejauh mana prestasi diri sendiri, mereka berpendapat bahawa seseorang tidak sesuai membanding prestasi dengan piawaian abstrak akan tetapi  membandingkan dengan orang yang dikenali. Untuk berasa seperti pemenang, anda perlu memastikan bahawa anda melakukannya dengan baik atau lebih baik daripada orang lain. Lebih banyak anda tahu tentang pencapaian orang lain dalam bidang anda dan lebih baik anda membandingkan diri anda dengan mereka, lebih banyak anda akan berasa pemenang dan lebih tinggi harga diri anda. Orang yang berjaya sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain yang berjaya. Mereka berfikir tentang mereka, membaca tentang mereka, dan mengkaji persembahan mereka, dan kemudian cuba untuk mengalahkan mereka satu demi satu.

            Langkah seterusnya dalam membangunkan ‘self-esteem’ ialah pengiktirafan terhadap kejayaan diri sendiri oleh individu yang mereka hormati. Pengiktirafan yang diberikan sememangnya mampu membuatkan mengisi perasaan bangga terhadap diri sendri, justeru setiap orang memerlukan pengiktirafan dan penghormatan dariapada insan yang dianggap sebagai mentor ataupun individu yang kalian kagumi. Setiap kali orang ini memuji atau mengiktiraf anda untuk pencapaian, harga diri dan semangat anda untuk kerja anda meningkat. Hal ini mampu meningkatkan lagi prestasi kalian semasa bekerja dalam menghasilkan lebih banyak keputusan yang memuaskan dan berkualiti tinggi.

            Elemen yang terakhir dalam membangun ‘self-esteem’ melibatkan ganjaran yang konsisten dengan pencapaian diri sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana ia mampu mengukuhkan imej positif untuk diri sendiri serta mendorong untuk terus berusaha dalam menerima hasil kerja yang berkualiti. Hal ini dapat dilihat melalui persekitaran pekerjaan anda di mana, bagaimana pihak majikan mewujudkan suasana tanda sokongan terhadap hasil kerja Berjaya dengan cara memberi ganjaran dalam bentuk kewangan atau simbol status dengan menaikkan gaji atau pangkat seseorang. Selain ganjaran wang dan status, pengiktifan seperti pemberian trofi atau label- ‘best workers this month’, juga penting dalam meningkatkan ‘self-esteem’ seseorang. Semua simbol tersebut boleh memberi impak yang luar biasa untuk meningkatkan harga diri anda dan menyebabkan anda berasa hebat tentang diri anda.

            Perkongsian Brian Tracy berkenaan topik ‘self-esteem’ ini sememang relevan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Penghargaan terhadap diri amatlah penting dalam pembentukan sahsiah diri seseorang juga terhadap tahap keyakinan diri sendiri. Memetik kata-kata Brian Tracy dalam salah satu hasil penulisan beliau
“The Gift of Self-Confidence”.

 

“Avoid negative people at all costs. They are the greatest destroyers of self-confidence and self-esteem.”

 

Comments