Kreativiti Adalah Sebuah Kemahiran

Brian Tracy di dalam ceramahnya sering menekankan tentang pentingnya untuk bertindak secara kreatif dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan mempunyai minda yang kreatif setiap orang dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan lebih mudah.


Kreativiti juga merupakan suatu perkara yang membantu manusia untuk membentuk suatu inovasi yang baharu. Dengan adanya pemikiran yang kreatif, manusia akan lebih cenderung untuk menghasilkan suatu perkara baharu yang lebih berinovasi.


Jika tiada kreativiti di dalam kehidupan seharian seseorang maka orang tersebut akan terikat untuk menjalani kehidupan seharian dalam takuk lama. Seandainya terdapat sebarang permasalahan yang dapat diselesaikan dengan mudah apabila berlakunya inovasi daripada pemikiran kreatif individu lain, maka individu yang tidak mahu berfikir secara kreatif masih menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang susah.


Oleh yang demikian, tidak mempunyai kreativiti di dalam hidup sebenarnya amatlah merugikan diri sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, setelah ramai pihak dapat mempelajari perkara baru, pihak yang tidak mahu berfikiran kreatif akan ketinggalan dan tidak dapat mengembangkan lagi kemahiran hidupnya.


Antara contoh yang diberikan oleh Brian Tracy adalah ketika membuka sebuah kunci yang kita tidak ketahui kombinasi yang betul. Keadaan ini akan menyebabkan individu yang membuka kunci mencuba pelbagai kombinasi namun dia masih gagal untuk membuka kunci tersebut. Namun seandainya individu tersebut ketahui kombinasi yang telah ditetapkan oleh orang yang berkemahiran sudah pasti membuka kunci tersebut menjadi lebih mudah.


Secara kesimpulannya, kreativiti menurut Brian Tracy adalah sebuah kemahiran yang perlu digunakan agar kehidupan manusia menjadi lebih mudah dan berjaya.

Comments