Kreativiti Menurut Brian Tracy

Kreativiti menurut Brian Tracy adalah penambahbaikkan dan pengembangan kepada suatu perkara baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana, semakin kita memikirkan untuk mencari perkara baharu maka secara tidak langsung kita menjadi kreatif.


Sebagai contoh, kejayaan kepada sesebuah perniagaan bergantung kepada kuantiti idea baharu yang diketengahkan untuk sentiasa menjadi perniagaan yang terkini. Begitu juga dengan manusia yang sentiasa secara konsisten mempunyai idea baharu akan lebih cenderung untuk menjadi seorang yang berjaya.


Manakala, individu yang tidak mempunyai idea baharu akan tersekat dimana mereka berada. Oleh yang demikian, mempunyai idea baharu amatlah signifikan untuk dikaitkan dengan kreativiti. Melalui kreativiti juga pemikiran manusia akan lebih berkembang dan cerdas.


Antara contoh yang diberikan oleh Brian Tracy adalah  pada tahun 1975 dimana Syarikat Mazda dari Jepun yang membuka peluang untuk individu yang berada dibawah syarikatnya untuk memberikan cadangan tentang bagaimana menghasilkan produk yang lebih baik, murah, laju dan mudah.


Hasilnya, pada tahun pertama Syarikat Mazda berjaya memperolehi 200,000 cadangan. Kemudian mereka telah mengaplikasikan 60% daripada cadangan tersebut. Pada tahun 1980, iaitu lima tahun setelah program ini dibuat Syarikat Mazda telah berjaya mendapat 95 Juta Dollar keuntungan.


Secara kesimpulannya, kreativiti menurut Brian Tracy adalah mencipta idea-idea baharu dengan melihat apakah perkara yang boleh diperbaiki daripada kehidupan seharian. Oleh yang demikian, setiap individu mampu untuk menjadi seorang yang mempunyai kreativiti iaitu dengan berfikir.


 

Comments