PENGAPLIKASIAN STRATEGI UNTUK MEMAJUKAN PERNIAGAAN DARI BRIAN TRACY





 Brian Tracy merupakan tokoh falsafah yang disegani juga telah memberikan strategi untuk memajukan perniagaan. Strategi yang diberikan tersebut boleh digunakan oleh para usahawan dalam usaha untuk memajukan perniagaan mereka terutama ke peringkat antarabangsa.  


    Antara strategi untuk memajukan perniagaan dari Brian Tracy yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan ialah menunjukkan semangat dan juga kesungguhan dalam menjalankan perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pemilik sesuatu perniagaan mestilah menunjukkan semangat dan juga kesungguhan mereka untuk melakukan perniagaan tersebut termasuk dari segi penjualan sesuatu produk atau pun perkhidmatan kepada pelanggan. Namun begitu, menjalani perniagaan bukan semudah yang disangka. Pastinya akan ada masalah yang mendatang. Oleh sebab itu, selain daripada menujukkan kesungguhan dalam menjalankan sesuatu perniagaan, pemilik perniagaan juga haruslah bersikap optimistik. Oleh itu, pengaplikasian strategi ini mampu membantu untuk tampil lebih bersedia terhadap rintangan yang akan datang.


    Selain itu, fokus terhadap pelanggan juga merupakan strategi untuk memajukan perniagaan dari Brian Tracy yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Untuk pernyataan ini, jelas menunjukkan bahawa tujuan berniaga bukan memberikan fokus untuk mengaut keuntungan. Hal ini dikatakan demikian kerana perniagaan adalah untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan. Sekiranya ingin perniagaan terus maju, maka memberikan fokus kepada pelanggan mampu membutakan pelanggan berasa puas hati dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh sebab itu, pengaplikasian strategi ini mampu membantu mengekalkan dan malah menambah lebih ramai lagi pelanggan kerana kepuasan hati mereka dengan perkhidmatan yang ditawarkan. 


    Di samping itu, menjadi lebih berdaya saing juga merupakan strategi untuk memajukan perniagaan dari Brian Tracy yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Persaingan adalah perkara yang utama dalam dunia perniagaan. Persaingan juga menjadi kunci kejayaan jualan perniagaan sesuatu produk atau pun perkhidmatan pelanggan. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka yang berdaya saing akan berusaha untuk memajukan lagi perniagaan meeka malah lebih baik daripada peniaga lain. Oleh itu, pengaplikasian strategi ini secara tidak langsung menunjukkan usaha dalam memajukan perniagaan terutama ke peringkat yang lebih tinggi. 


    Seterusnya, menjadi yang terbaik juga merupakan strategi untuk memajukan perniagaan dari Brian Tracy yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Antara ciri usahawawan yang berjaya ialah sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka ingin menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Menjadi yang terbaik yang dimaksudkan dalam dunia perniagaan ialah memastikan diri sentiasa optimistik, sentiasa bergerak ke arah kemajuan, bekerja dnegan lebih keras dan juga lebih pantas dari kebiasaan. Oleh itu, pengaplikasian strategi ini mampu membantu usahawan atau pemilik perniagaan untuk sentiasa menjadi yang terbaik walaupun banyak masalah mendatang.


    Akhir sekali, sentiasa mengukur kejayaan juga merupakan strategi untuk memajukan perniagaan dari Brian Tracy yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Pemilik perniagaan sendiri mestilah sentiasa menikmati dan menghargai setiap usaha yang telah dilakukan dalam memajukan perniagaan. Namun begitu, pemilik perniagaan juga mestilah sentiasa konsisten dalam melakukan yang terbaik untuk perniagaan mereka. Mereka juga mestilah menujukkan rasa suka terhadap produk atau pun perkhidmatan mereka sendiri agar pelanggan berasa lebih yakin terhadap mereka. Oleh itu, pengaplikasian strategi ini mampu membantu mengembangkan perniagaan dan menyakini pemilik perniagaan sendiri untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 

Comments