PERJALANAN BRIAN TRACY














Apabila pada akhirnya Brian Tracy menyedari bahawa dia adalah satu-satunya yang boleh mengubah kehidupannya menjadi seorang yang berjaya, beliau memulakan kerja menjual. Beliau banyak membaca dan menyoal jurujual-jurujual yang lain yang telah berjaya. Dari situ, beliau mula membuat matlamat dan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Antara matlamat yang pada waktu itu dikejari ialah untuk menjadi seorang jurujual yang berjaya dan dia mengejar matlamat tersebut dengan jayanya dan sepenuh hati. Beliau belajar sepenuh hati dan telah cuba pelbagai cara untuk mendekati dunia 'business' sehinggakan beliau diiktirafkan sebagai pengurus jualan nombor satu. Selepas itu, beliau beralih pula pekerjaan yang lebih besar dan lebih baik. Sepanjang 30 tahun, beliau telah mengumpulkan pembelajarannya dan bekerja untuk membuat sistem konkrit dan kalis mudah yang membawa ramai orang kepada kejayaan. Dia mempunyai semangat untuk menyampaikan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang boleh diajar dan ingin berkembang daripada apa yang dipelajarinya. Perjalanan hidupnya menjadi satu contoh yang boleh dijadikan pengajaran hidup kepada ramai orang di luar sana pastinya.

Comments