Sumbangan Brian Tracy kepada Dunia (I)

    


    Salah satu tokoh yang berasal daripada Amerika Syarikat telah membangunkan kesedaran tentang meningkatkan keberkesanan diri sendiri, meningkatkan tahap kesedaran diri, membuka potensi diri sendiri, dan mengajar seni menjual beli ialah Brian Tracy. Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Brian Tracy International, sebuah organisasi atau syarikat latihan dan pembangunan keupayaan diri sendiri, usahawan muda dan syarikat-syarikat lain. 


    Beliau telah menyediakan perkhidmatan perundingan kepada lebih 1000 perniagaan dan bercakap dengan 5 juta orang di seluruh dunia serta tidak kurang daripada 5,000 rancangan bual bicara tentang strategi untuk mencapai matlamat peribadi dan organisasi dengan lebih cepat. Beliau telah merantau lebih daripada 75 buah negara untuk membantu masyarakat dunia membangunkan perniagaan dan menawarkan pelbagai khidmat perundingan. Bukunya yang paling laris, "Psychology of Achievement," adalah salah satu daripada 60 karyanya yang diterbitkan. 


    Beliau juga telah mencipta lebih daripada 500 program pembelajaran audio dan video untuk meningkatkan keberkesanan profesional. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat pembangunan bernilai $265 juta sebelum memulakan perniagaannya sendiri. Brian Tracy juga telah mencipta sebuah program yang digelarkan sebagai "Inner Circle Mastermind Program", dimana beliau membuka peluang kepada masyarakat dunia untuk berkerjasama dengannya untuk merialisasikan impian hidup mereka seperti mana yang mereka mahukan di dalam hidup sehingga idea mereka mencapai tahap "masterpiece". 


    Beliau telah menyumbangkan pengetahuannya kepada dunia dalam pelbagai bidang, termasuk bimbingan profesional, bimbingan perniagaan, latihan perniagaan, keusahawanan, kemahiran pengurusan, teknik pertuturan, teknik mengembangkan rangkaian, pembangunan peribadi, latihan jualan, kepimpinan, pembelajaran secara atas talian, dan aspek pengurusan masa. Beliau menyumbangkan pengetahuannya agar masyarakat dunia mudah untuk mencapai matlamat hidup mereka, kerjaya, pengurusan kewangan yang cekap dan mudah. 


     Selain itu, beliau telah menyumbangkan pengetahuannya dengan mengusahakan projek perundingan peringkat tinggi yang bernilai berbilion dolar dan lebih banyak organisasi dalam pembangunan organisasi dan perancangan strategik. Selain mempunyai profesion yang berjaya dalam jualan dan pemasaran, pelaburan, pembangunan dan sindikasi hartanah, pengimportan, pengedaran dan perundingan pengurusan, Brian merupakan contoh definisi usahawan yang boleh dicontohi oleh masyarakat dunia untuk berjaya. 


    Beliau telah memberikan penerangan tentang pengurusan masa yang cekap serta memberikan teknik-teknik mengurus masa dengan bijak dan berkesan. Bukan itu sahaja, Brian akan mengajar anda cara untuk menguasai masa, menguruskan masa dan kehidupan anda, meningkatkan pendapatan anda, memperkemas kerja anda, memanfaatkan sepenuhnya kemahiran unik yang ada pada diri anda dan membantu anda mencapai kestabilan kewangan. 


Comments