TITIK PERMULAAN BRIAN TRACY

 TITIK PERMULAAN BRIAN TRACY




Seorang tokoh dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Charlottetown, Prince Edward Island di Canada. Beliau merupakan seorang tokoh yang datang dari keluarga yang susah dulunya. Ayahnya gagal mempunyai kerja tetap dan oleh itu, Tracy dan adik beradiknya terpaksa hidup dengan pakaian bekas. Perkara tersebut merupakan hal yang sukar buat beliau. dan membuat beliau merasa berada di dalam kegelapan.

Ibu bapa beliau merupakan golongan individu yang percaya akan kebaikan dan berfikiran bernas. Namun begitu, mereka biasa mengatakan bahawa mereka tidak mampu dan sentiasa tidak mempunyai wang. Hal tersebut membuat Tracy tertanya-tanya sebab keluarganya tidak dapat hidup mewah seperti orang lain. Dari situ, cara pemikirannya menjadi kunci faktor disebalik kejayaan besar beliau. Walaupun beliau tidak mempunyai niat sedikit pun untuk bersekolah dengan keadaan keluarganya yang kurang bernasib baik, pada akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mengikut kata hatinya untuk mengejar cita-citanya dengan caranya tersendiri.

Kisah Brian Tracy membuktikan bahawa, seseorang yang datang dari keluarga yang susah boleh menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup jika orang tersebut mempunyai keinginan dan berusaha sehabis baik. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan sudah pasti adanya jalan.

Comments